Welcome to JPPM   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM Powered By GSpeech
  • asean-plic
  • mobile support
  • buku statistik 2015
  • 1mocc

HIGHLIGHTS

October 2017
Mo Tu We Th Fr Sa Su
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5
  • 1

HAK-HAK PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN DALAM PERUNDANGAN PERBURUHAN NEGARA 

Di dalam suatu kontrak perkhidmatan, mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerjanya dengan memberi notis seperti yang terkandung dalam terma-terma serta syarat-syarat pekerjaan. Apabila seseorang majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja (yang bergaji RM2,000 sebulan dan ke bawah serta tiada had gaji bagi pekerja manual), majikan perlu membayar semua wang yang terhutang kepada pekerja termasuklah baki gaji/upah sehingga tarikh penamatan, gaji ganti notis (jika notis tidak diberikan), bayaran tunai lain seperti gaji cuti tahunan, bayaran faedah penamatan kerja atau bayaran lain yang tidak dibayar oleh majikan seperti yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan dan juga dalam Akta –Akta Buruh yang dikuatkuasakan.

Sekiranya majikan enggan atau tidak mematuhi untuk membuat bayaran berkenaan, pekerja mempunyai hak untuk mengemukakan tuntutan berkenaan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat pekerjaan di bawah peruntukan Seksyen 69(1) Akta Kerja 1955. Dalam seksyen berkenaan, Pejabat Tenaga Kerja boleh menyiasat dan membuat keputusan terhadap pertikaian yang timbul di antara pekerja dengan majikan yang berkaitan dengan bayaran gaji atau bayaran-bayaran tunai lain dibawah mana-mana terma dan syarat kontrak perkhidmatan. Seksyen ini juga memberi hak kepada pekerja yang bergaji RM2,000 sebulan tetapi tidak melebihi RM5,000 sebulan untuk membuat tuntutan baki gaji serta bayaran tunai lain yang hanya tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat-syarat kontrak perkhidmatan sahaja.

Sekiranya pekerja (sama ada ahli kesatuan atau bukan ahli kesatuan) mempunyai bantahan atau tidak berpuas hati di atas sebab-sebab serta alasan-alasan pemecatannya, pekerja boleh membuat representasi secara bertulis kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berdekatan dengan tempat pekerjaannya untuk diambil bekerja semula dalam pekerjaannya yang terdahulu. Rayuan untuk dipulihkan ke pekerjaan dahulu ini perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan yang dibuat oleh majikannya. Jabatan Perhubungan Perusahaan akan mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu atau wajar supaya satu penyelesaian segera dapat dicapai. Sekiranya Jabatan berkenaan berpuas hati bahawa kemungkinan terdapat representasi yang tidak boleh diselesaikan, laporan kes akan kemukakan kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia untuk suatu keputusan sama ada kes tersebut mempunyai merit untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan ataupun sebaliknya.

 

Disediakan oleh,

Jabatan Perhubungan Perusahaan W.P Kuala Lumpur,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

 

 

 

  • More Information
Is the information in the portal helps you?

Visitor Counter

Today 11

Yesterday 69

Week 482

Month 1687

All 56200

Address

Department Of Industrial Relations Malaysia Level 9, Block D4, Complex D 62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Phone : (03) 8886 5460

Fax : (03) 8889 2355

E-Mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Popup Module
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech