Welcome to JPPM   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM Powered By GSpeech

Tuntutan Pengiktirafan Oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah Ke Atas C Tech Rubber (M) Sdn. Bhd. Pada 19.06.2017

Tuntutan Pengiktirafan Oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah Ke Atas C Tech Rubber (M) Sdn. Bhd. Pada 19.06.2017

Satu proses undi sulit telah dijalankan antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah ke atas C Tech Rubber (M) Sdn. Bhd. pada 19.6.2017 (Isnin) jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang bertempat di bilik mesyuarat C Tech Rubber (M) Sdn Bhd, Ulu Yam, Selangor.

Tujuan undi sulit dijalankan adalah untuk menentukan jumlah peratusan keahlian kesatuan di syarikat ini. Proses undi sulit ini melibatkan seramai 5 orang petugas daripada jabatan. Manakala wakil pihak kesatuan yang hadir adalah seramai empat orang dan wakil majikan adalah dua orang hadir bagi menyaksikan proses undi sulit tersebut. Proses pengundian berjalan secara harmoni kerana kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing dan sentiasa memberikan berkerjasama yang baik.

Proses dimulakan dengan taklimat oleh pegawai jabatan Puan Effa Izzuan binti Ab. Jabar. Persediaan untuk mengundi telah disiapkan sebelum jam 9.00 pagi (waktu mula mengundi sebagaimana Memorandum Persetujuan) di tempat majikan iaitu di bilik mesyuarat, C Tech Rubber (M) Sdn. Bhd., Lot 3 Perkampungan Perabut Ulu Yam, 44300 Ulu Yam, Selangor Darul Ehsan. Pengundian sepatutnya berakhir jam 4 petang namun telah ditutup awal pada jam 12.25 tengahari atas persetujuan kedua-dua pihak.

Disediakan Oleh :
Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor

sel1

Taklimat oleh Pegawai jabatan Puan Effa Izzuan Binti Ab. Jabar sebelum proses undi sulit dimulakan.

 

sel2

Petugas jabatan sedang menjalankan pendaftaran terhadap pekerja-pekerja syarikat yang terlibat

 

sel3

Proses Undi Sulit Yang Sedang Dijalankan

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA 2017

gambar1

Tuan Ketua Pengarah JPPM, Encik Khalid Bin Jali menyampaikan hadiah cabutan bertuah sempena Perhimpunan Bulanan JPPM  (Lagi gambar di Gallery)

gambar1

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPPM (Lagi gambar di Gallery

21 Julai 2017 (Jumaat) – Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 Syawal 1438H. Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di Putrajaya bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang disambut meriah oleh para warga JPPM dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Turut diadakan pada jam 8.30 pagi sebelum Sambutan Hari Raya tersebut Perhimpunan Bulanan JPPM serta Bacaan Yassin dan Tahlil yang dihadiri oleh Tuan Ketua Pengarah JPPM, Encik Khalid Bin Jali. Majlis anjuran bersama Kelab Harmoni, JPPM ini secara tidak langsung memberi peluang untuk saling bermaaf-maafan, mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin dan menyuburkan semangat kerja berpasukan warga JPPM.

Disediakan oleh,
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar, JPPM

 

 

 

Undi Sulit di antara Kesatuan Kebangsaan Pemandu-pemandu Tren Semenanjung Malaysia di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

UNDI SULIT DI ANTARA KESATUAN KEBANGSAAN PEMANDU-PEMANDU TREN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

IMG 20170508 083106

Pada 15 dan 16.5.2017, satu proses undi sulit telah dijalankan di antara Kesatuan Kebangsaan Pemandu-pemandu Tren Semenanjung Malaysia dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Dewan Kelab Sukan Keretapi, Kuala Lipis KTM Berhad, Desa Jeram Batu, 27200 Kuala Lipis Pahang. Undi sulit ini di jalankan bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 2 orang pegawai, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pemandu daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang telah terlibat dalam melaksanakan tugasan ini.

Pegawai yang terlibat adalah Puan Siti Nor Shuraida binti Mohd Isa dan Cik Noor Adilah Binti Zarian, manakala Pembantu Tadbir yang membantu dalam tugasan ini adalah Y.M. Engku Nurul Aisyah bt. Engku Ahmad Masuri.

Tujuan Undi sulit ini di jalankan adalah untuk menentukan jumlah peratusan keahlian Kesatuan Kebangsaan Pemandu-pemandu Tren Semenanjung Malaysia di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Proses pengundian berjalan secara harmoni kerana kedua-dua pihak memainkan peranan masing- masing dan sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain.

 

IMG 20170508 083106

Proses pengiraan kertas undi sedang di jalankan

 

IMG 20170508 083106

Wakil Majikan , Kesatuan dan pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang berpeluang bergambar bersama setelah selesai Undi Sulit dijalankan

Kursus Peningkatan Pemahaman Berhubung Isu-Isu Semasa Perhubungan Perusahaan

KURSUS PENINGKATAN PEMAHAMAN BERHUBUNG ISU-ISU SEMASA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANJURAN BAHAGIAN PERTIKAIAN PERUSAHAAN
PADA 27 – 31 MAC 2017 DI NIOSH, BANGI

1

Sesi pengenalan ringkas bersama Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan, En Nasir bin Hj Kassim

3

Peserta bergambar bersama para penceramah pada Majlis Penutup

 

Pada 27-31 Mac 2017 yang lalu, Bahagian Pertikaian Perusahaan , Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Pemahaman Berhubung Isu-isu Semasa Perhubungan Perusahaan bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bandar Baru Bangi, Selangor. Kursus ini telah dihadiri oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang baru berkhidmat di JPPM amnya dan Pejabat Negeri khususnya.


Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran Pegawai Perhubungan Perusahaan dalam pengendalian kes-kes yang diterima bagi mencapai hasil penyelesaian yang terbaik sama ada melalui rundingan damai atau melalui keputusan YB Menteri Sumber Manusia. Seterusnya, kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan pegawai dalam penyediaan laporan supaya lebih berkualiti serta efisien selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.


Wakil dari setiap bahagian di Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam setiap sesi yang diadakan dan ini telah memberi medium interaksi yang mudah antara pegawai negeri dan Penceramah jemputan untuk penjelasan kes-kes yang dikendalikan. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia, Encik Khalid bin Jali juga turut hadir dalam sesi Dialog bersama Ketua Pengarah yang diadakan pada 30 Mac 2017.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh pihak urusetia, dapat dirumuskan bahawa Kursus Peningkatan Pemahaman Berhubung Isu-isu Semasa Perhubungan Perusahaan bukan sahaja telah menepati objektifnya, malah maklumbalas dari peserta yang diperolehi dalam aspek kualiti kandungan ceramah, nota kursus, teknik penyampaian, kredibiliti penceramah serta keurusetiaan sangat baik.


Disediakan oleh:

Bahagian Pertikaian Perusahaan

MENGELAK SALAH FAHAM DALAM PERUNDINGAN

MENGELAK SALAH FAHAM DALAM PERUNDINGAN

Apa itu perundingan

Peundingan adalah satu kaedah bagi suatu pihak menyelesaikan perbezaan atau pertikaian. Ia adalah satu proses yang mana kompromi atau persetujuan dicapai tanpa perbalahan dan pertengkaran. Dalam mana-mana perselisihan, hasrat suatu pihak adalah mencapai hasil yang terbaik untuk mereka atau mungkin organisasi yang mereka wakili. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip keadilan, mencari kebaikan dan mengekalkan hubungan adalah kunci kepada suatu kejayaan itu.

Proses Rundingan Damai adalah yang paling sesuai apabila pihak-pihak yang berselisih faham memiliki atau ingin hubungan yang berterusan apabila ia mencapai matlamatnya. Perdamaian meletakan asas untuk menyelesaikan bukan sahaja permasalahan semasa tetapi juga sesuatu yang akan datang.

Salah Faham Dalam Perundingan

Salah faham adalah penyebab biasa berlaku kebuntuan dalam sesuatu proses perundingan. Salah faham itu boleh berlaku kerana perbezaan pandangan, latar belakang atau budaya serta beberapa faktor lain. Dalam sesuatu proses rundingan, salah faham juga boleh berlaku dengan keengganan satu pihak untuk mendengar pendapat atau pandangan atau pandangan serta penerangan pihak lain atau berlakunya gangguan pendengaran.

Bagaimana salah faham dalam perundingan boleh dikurangkan dan boleh membuka ruang kepada rundingan yang berjaya. Dalam proses rundingan ianya adalah penting untuk;

  • Jelaskan matlamat perundingan kepada semua pihak,
  • Naytakan isu-isu dengan jelas,
  • Pertimbangkan semua pandangan
  • Perjelaskan maksud Sesutu terma yang sukar difahami.

Kemahiran Pegawai Perunding

Proses Perundingan bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ianya melibatkan isu berkaitan hubungan antara manusia. Bagi menghasilkan Rundingan Damai yang berkesan, pegawai pendamai perlu berkemahiran seperti berikut;

  • Mahir berkomunikasi dan pendengan yang berkesan;
  • Mempunyai pengalaman yang luas di dalam perundingan;
  • Mempunyai keyakinan yang tinggi dan diyakini oleh kedua-dua pihak yang bertikai;
  • Tidak berat sebelah;
  • Mempunyai keterampilan yang baik;
  • Sabar, tenang dan bijak mengawal situasi;
  • Berusaha memberikan kefahaman kepada kedua pihak yang bertikai;
  • Berkemahiran dalam bidang psikologi; dan
  • Memahami secara mendalam isu-isu yang dibentangkan

Dengan itu seseorang pegawai pendamai perlu mengatasi kelemahan yang dikenalpasti dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman yang dilalui sepanjang melaksanakan tugas sebagai pegawai pendamai bagi menhasilakn perundingan secara berkesan.

          Disediakan Oleh:
JPP Negeri Kelantan
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech