Welcome to JPPM   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM Powered By GSpeech

Program Lawatan Harmoni dan Attachment PLWS

gambar1

Pengarah Perhubungan Perusahaan Perak dan rombongan bergambar kenang-kenangan bersama wakil syarikat.

Pada 06 September 2017, Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak (JPP Perak) telah mengadakan satu program lawatan harmoni dan Attachment PLWS di syarikat Yee Lee Edible Oils Sdn. Bhd. yang bertempat di Tasek Industrial Estate, 31400 Ipoh, Perak. Lawatan disertai oleh Tuan Pengarah Perhubungan Perusahaan Perak bersama dua orang pegawai dan dua orang kakitangan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan keharmonian perhubungan perusahaan di tempat kerja serta mengeratkan lagi hubungan Jabatan dengan para pekerja dan syarikat. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) yang diamalkan di syarikat tersebut.

Rombongan dari JPP Perak tiba di syarikat pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Dr. Teh Choong Hee iaitu Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran syarikat serta Puan Jascinth Lee iaitu Eksekutif Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran dan beberapa orang kakitangan lain. Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Teh Choong Hee tentang latar belakang syarikat yang mana ia merupakan sebuah syarikat pengilangan minyak masak yang dimiliki 100% oleh syarikat tempatan. Yee Lee Edible Oils Sdn. Bhd. adalah merupakan syarikat pengeluar minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi. Syarikat ini telah mendapat persijilan  kualiti dan inovasi pertama di Malaysia bagi Polyethylene Terephthalate (PET) untuk minyak masak.

Hasil daripada pengalaman yang lama membuat kajian dan penyelidikan (R&D) telah membolehkan syarikat berjaya menjadikan proses minyak bertapis yang mengekalkan sehingga 90% Vitamin E dalam minyak masak dan memenangi  pengiktirafan daripada  Swiss Vitamin Institute.  Pihak syarikat turut berkongsi pelaksanaan Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) yang diamalkan di syarikat.  Syarikat mengamalkan sistem upah yang kompetitif kepada pekerja berdasarkan kepada tahap keuntungan syarikat dan juga prestasi individu para pekerjanya. Pekerja yang berprestasi tinggi akan menerima ganjaran yang setimpal dengan tahap pencapaian mereka. Pihak jabatan juga memberikan taklimat mengenai fungsi serta peranan jabatan dan rombongan kemudian dibawa untuk melawat sekitar kawasan kilang. Program tamat sekitar jam 3 petang.

 

Disediakan oleh,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak

 

 

Pada 06 September 2017, Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak (JPP Perak) telah mengadakan satu program lawatan harmoni dan Attachment PLWS di syarikat Yee Lee Edible Oils Sdn. Bhd. yang bertempat di Tasek Industrial Estate, 31400 Ipoh, Perak. Lawatan disertai oleh Tuan Pengarah Perhubungan Perusahaan Perak bersama dua orang pegawai dan dua orang kakitangan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan keharmonian perhubungan perusahaan di tempat kerja serta mengeratkan lagi hubungan Jabatan dengan para pekerja dan syarikat. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) yang diamalkan di syarikat tersebut.

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech