Welcome to JPPM   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM Powered By GSpeech

PERTIKAIAN PERUSAHAAN

Apa itu Pertikaian Perusahaan?

Pertikaian Perusahaan wujud apabila kedua-dua pihak iaitu majikan atau kesatuaan mereka dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka gagal mencapai persetujuan bersama terhadap isu-isu pekerjaan atau bukan pekerjaan. Manakala definasi Pertikaian Perusahaan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula adalah suatu pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan atau keadaan tempat pekerjaan. (Seksyen 2 APP 1967).

klasifikasi

KAPASITI PEKERJA [SEKSYEN 9 (1A)]

Isu yang ingin dikupaskan kali ini adalah isu Kapasiti Pekerja iaitu di bawah Seksyen 9 (1A), APP 1967.

Peruntukan di bawah Seksyen 9 (1), APP 1967 menyatakan bahawa melarang pekerja-pekerja dalam kapasiti eksekutif, pengurusan, sulit atau keselamatan daripada diwakili oleh kesatuan sekerja yang tidak dikhususkan dalam kategori berkenaan, dengan kata lain sesebuah kesatuan sekerja bukan eksekutif tidak boleh menuntut pengiktirafan atau membuat pelawaan perundingan kolektif bagi mewakili pekerja-pekerja dalam kapasiti eksekutif, pengurusan, sulit atau keselamatan.  Ianya bertujuan untuk mengelak berlakunya konflik berkepentingan (conflict of interest).

Seterusnya adalah Seksyen 9 (1A), APP 1967, menyatakan bahawa apa-apa aduan pertikaian mengenai isu kapasiti pekerja yang timbul sebelum atau selepas pengiktirafan, kapasiti pengurusan, eksekutif, sulit atau keselamatan, boleh dirujuk kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia oleh kesatuan sekerja mahupun majikan.

sek9

 

prosedurs9


Disediakan oleh : JPP Terengganu

Rujukan daripada: Slide Perbentangan Pertikaian Perusahaan

Dalam Konteks Akta Perhubungan Perusahan 1967 (Akta 177)

Oleh Puan Saadiah binti Saad, Garis Panduan Isu Kapasiti Pekerja

& Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech