|
Kami warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia berjanji untuk:- Memberi maklumbalas kepada setiap representasi, aduan dan kes pertikaian perusahaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan; Bertindak serta - merta ke atas semua tindakan perusahaan yang diketahui; memproses dan menyelesaikan tuntutan pengiktirafan mengikut peruntukan undang - undang dan peraturan setelah semua dokumen lengkap diterima; Memulakan siasatan terhadap sebarang aduan berkenaan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi tujuan penguatkuasaan undang - undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima; - Memberi layanan sewajarnya kepada setiap representasi aduan yang diterima daripada Pekerja / Majikan / Kesatuan Sekerja;
- Memberi perkhidmatan rundingan damai dengan adil dan saksama;
- memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan dengan prihatin dan kemesraan;
- malaksanakan fungsi untuk memelihara suasana perhubungan perusahaan yang harmoni, meningkatkan jalinan kerjasama tripartisme yang produktif, mesra dan berkualiti; dan
- Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan obligasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan peraturan - peraturannya kepada pelangan.
Berkuatkuasa pada 7 Ogos 2009
|