Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Bahagian Keharmonian Perusahaan

PENGENALAN

Bahagian Keharmonian Perusahaan ini dulunya dikenali Bahagian Keharmonian Perusahaan Dan Penyelidikan Dasar. Pada 1 November 2013, Bahagian Keharmonian Perusahaan Dan Penyelidikan Dasar, dibahagikan kepada dua bahagian utama di JPPM iaitu Bahagian Keharmonian Perusahaan dan satu lagi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar. Bahagian Keharmonian Perusahaan, ini dibahagikan kepada 2 unit iaitu Unit Pencegahan Awalan dan Unit Promosi & Publisiti.

Aktiviti utama bahagian Keharmonian Perusahaan adalah menjalankan aktiviti mewujudkan keharmonian pekerja dan majikan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti penganjuran ceramah, seminar, dialog, lawatan harmoni serta menyediakan khidmat nasihat kepada majikan pekerja dan kesatuan sekerja berkaitan amalan perhubungan perusahaan yang positif. Lawatan Harmoni ke tempat pekerjaan bertujuan sebagai alat untuk mempratikkan langkah-langkah yang pencegahan awalan yang lebih berkesan seperti nasihat, mengadakan perbincangan, bertukar fikiran, berdialog dan memberi pandangan kepada majikan, pekerja atau kesatuan sekerja dalam menyelesaikan sebarang isu atau pertikaian yang berlaku di antara mereka.

Selain itu, bahagian ini mengumpul amalan-amalan terbaik (Best Practices) syarikat di Malaysia untuk dijadikan sebagai rujukan. Aktiviti attachment PLWS yang dijalankan oleh pegawai-pegawai JPPM ke syarikat-syarikat yang mengamalkan PLWS membolehkan pegawai-pegawai JPPM memperlajari dan berkongsi maklumat serta pengalaman antara JPPM dengan syarikat yang dipilih.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai JPPM, bahagian ini bertanggungjawab mempromosikan peranan jabatan kepada orang awam, seperti mempromosi dan menggalakkan pelaksanaan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS) kepada majikan/pekerja/kesatuan sekerja dan memelihara serta memupuk hubungan yang harmoni di tempat-tempat pekerjaan. Selain itu, mengajurkan program-program untuk membantu dan menggalakkan penubuhan Joint Consultative Committee (JCC) di tempat-tempat pekerjaan tanpa kesatuan sekerja.

Bahagian ini juga, bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan menyelenggara semua aktiviti portal dan pangkalan data PLWS. Portal PLWS ini telah dilancarkan pada 6 Mac 2014 oleh YB Menteri Sumber Manusia Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem. Portal diwujudkan bagi memudahkan kepada majikan dan pekerja yang ini pelaksanaan PLWS untuk mempelajari secara mudah dan interaktif. URL bagi portal ini, www.plws.gov.my

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech