Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Bahagian Perundangan

PENGENALAN

Bahagian Perundangan di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah salah satu Bahagian yang diwujudkan pada tahun 2004. Bagi melicinkan lagi pelaksanaan aktiviti Bahagian Perundangan, ia telah dibahagikan kepada tiga unit berikut yang mempunyai fungsi masing-masing :

  • Unit Siasatan dan Penguatkuasaan

    Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (S44) dan berfungsi untuk menjalankan siasatan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Perhubungan perusahaan 1967 bagi tujuan pendakwaan.

  • Unit Analisa Award

    Unit analisa Award yang juga diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (S44) adalah mempunyai peranan dalam menganalisa award dan keputusan Mahkamah bagi tujuan rujukan, penambahbaikan dan penggubalan dasar Jabatan.


OBJEKTIF

Menguatkuasakan dan memantau undang-undang bagi memantapkan pelaksanaan fungsi Jabatan demi mengekalkan keharmonian perusahaan dan perhubungan yang harmoni antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.


FUNGSI

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada Jabatan selaras dengan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Mengendalikan kes-kes permohonan semakan kehakiman dengan membantu Jabatan Peguam Negara dalam penyediaan laporan dan Afidavit.
  • Menggubal dan meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.
  • Memastikan kes-kes penyiasatan dan ketidakpatuhan dikawalselian, dipantau dan diawasi secara cekap dan berkesan selaras dengan undang-undang
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech