Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Bahagian Pertikaian Perusahaan

PENGENALAN

Bahagian Pertikaian Perusahaan (BPP) merupakan salah satu bahagian yang menjalankan operasi utama di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM). Bahagian ini mempunyai tiga unit seperti berikut;

1.Unit Pertikaian & Tindakan Perusahaan

Unit ini berperanan mengendali dan memantau kes-kes pertikaian perusahaan dan tindakan perusahaan seperti piket, mogok dan sekat masuk.

2.Unit Pengiktirafan

Unit ini berperanan khusus mengendalikan tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan sekerja ke atas sesebuah majikan. Tuntutan pengiktirafan ini dibuat bagi membolehkan sesebuah kesatuan sekerja mengadakan perjanjian kolektif dengan pihak majikan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan pertikaian berkaitan isu kapasiti pekerja  yang dibangkitkan oleh pihak kesatuan atau majikan. 

3.Unit Perjanjian Kolektif

Unit ini berperanan khusus untuk membantu pihak kesatuan dan majikan dalam proses perundingan kolektif, di samping mengendalikan dan memantau kes-kes pertikaian berhubung apa-apa syarat dalam sesuatu perjanjian kolektif.

 

OBJEKTIF

1.Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang positif dan harmoni antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka;

2.Memajukan dasar perhubungan perusahaan yang pragmatik;

3.Memupuk kesedaran kepada masyarakat perindustrian mengenai tatacara keharmonian perusahaan dan aliran perhubungan perusahaan semasa.

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech