Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai

PENDAHULUAN

Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai (BPK & PRD) adalah merupakan salah satu bahagian yang menjalankan aktiviti utama (core business) Jabatan iaitu pengendalian representasi pemulihan kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Bahagian ini berperanan mengendalikan kes-kes pembuangan kerja secara tidak adil yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut. Pengendalian proses pemulihan kerja juga telah diubahsuai dan diperkemaskan bagi menambahbaik pengurusan rundingan damai serta meningkatkan penyelesaian kes-kes melalui rundingan damai.

Bahagian Pemulihan kerja & Pengurusan Rundingan Damai (BPK & PRD) terdiri daripada 2 unit utama iaitu Unit Rundingan Damai Representasi Pemecatan serta Unit Penyelarasan dan Bantuan Operasi. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Gred S52 dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengarah Kanan Gred S44. Selain daripada itu, terdapat tujuh orang Penolong Pengarah Gred S41 dan tiga orang kakitangan sokongan.

Bahagian ini turut berperanan untuk memberi khidmat nasihat kepada para pekerja, majikan dan kesatuan sekerja mengenai isu-isu perhubungan perusahaan dan perburuhan. Di samping itu, BPK & PRD turut mengendalikan aduan-aduan daripada pekerja berhubung isu dan masalah yang berbangkit daripada penggajian.

Bahagian ini juga telah melaksanakan beberapa aktiviti yang menfokuskan kepada usaha memantapkan lagi pengurusan kes-kes yang dikendalikan. Pemantauan produktiviti para pegawai secara individu turut dilakukan bertujuan untuk memastikan Key Performance Indicator (KPI) berhubung kes pemulihan kerja dan sistem penyampaian tercapai serta berkesan.  

OBJEKTIF

Menyelesaikan pertikaian yang berbangkit daripada pembuangan kerja seorang pekerja oleh majikan melalui proses rundingan damai secara saksama. 

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech