Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Representasi Pemulihan Kerja Dan Pengurusan Rundingan Damai

Representasi Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Seseorang pekerja yang telah dibuang kerja atau beranggapan telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan.

Representasi tersebut hendaklah difailkan di Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat pekerjaan di mana pekerja dibuang kerja dalam tempoh enam puluh hari (60) hari dari tarikh pembuangan kerja. Representasi ini juga boleh difailkan dalam tempoh notis pembuangan kerja.

Proses Pengendalian Representasi Pembuangan Kerja di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Proses pengendalian representasi pembuangan kerja adalah seperti berikut: 

1. RUNDINGAN DAMAI

Jabatan akan menetapkan tarikh rundingan damai di mana kedua belah pihak iaitu pekerja dan majikan akan dipanggil bagi tujuan mencari penyelesaian. Sekiranya pekerja tidak hadir langsung pada mana-mana sesi rundingan damai tanpa alasan munasabah, maka representasi ini akan disifatkan telah ditarik balik dan kes ditutup.

2. MAKLUMAN KEPADA Y.B. MENTERI SUMBER MANUSIA

Sekiranya tiada penyelesaian dicapai melalui rundingan damai, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan merujuk representasi tersebut kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia untuk keputusan.

3. KEPUTUSAN OLEH Y.B. MENTERI SUMBER MANUSIA

Setelah meneliti segala fakta mengenai representasi berkenaan, Y.B. Menteri Sumber Manusia akan memutuskan sama ada representasi berkenaan dirujuk atau tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan keputusan Y.B. Menteri adalah muktamad.

 4. ARBITRASI OLEH MAHKAMAH PERUSAHAAN

 Mahkamah Perusahaan akan mendengar dan memutuskan kes yang dirujuk oleh Y.B. Menteri. Keputusan Mahkamah Perusahaan (award) akan emngikat pihak-pihak yang terlinat dan ia adalah muktamad.

 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech