Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS)

PLWS adalah satu sistem yang mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara upah dan produktiviti bertujuan meningkatkan day saing negara. Ianya akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja dan majikan-majikan sama ada dalam sektor berkesatuan atau tidak berkesatuan di negara ini.

OBJEKTIF PLWS

  1. Mewujudkan hubungan yang rapat di antara upah dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing dan menjamin kestabilan pekerjaan;;
  2. Membolehkan majikan mewujudkan pendekatan yang lebih meluas dan teratur bagi meningkatkan produktiviti dan upah pekerja melalui penglibatan yang aktif dan kerjasama daripada pekerja; dan
  3. Membolehkan pekerja menikmati bahagian yang sewajarnya hasil daripada peningkatan produktiviti bagi memupuk keadilan, perpaduan sosial dan memperbaiki kualiti kehidupan di samping membangunkan peluang kemajuan kerjaya dan meningkatkan kepuasan bekerja.

KOMPONEN UTAMA PLWS

i. Komponen

  • Gaji Pokok
  • Kenaikan gaji tahunan
  • Bonus kontraktual ( di mana berkaitan)

ii.Komponen Bolehubah

  • Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan kepada peningkatan produktiviti / formula pengagihan keuntungan yang dipersetujui bersama.
  • Produktiviti dan prestasi individu, kumpulan kerja atau organisasi boleh dikaitkan dalam menentukan komponen bolehubah. Petunjuk-petunjuk yang digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta pertimbangan hendaklah diberikan berdasarkan kepada situasi semasa.

MODEL-MODEL PLWS

i. Model Keuntungan

Komponen bolehubah ditetapkan mengikut formual pengagihan keuntungan. Formual tersebut hendaklah dipersetujui oleh pihak majikan dan pekerja. Bagi syarikat yang mempunyai kesatuan ia hendaklah dimasukkan ke dalam perjanjian kolektif.

ii. Model Produktiviti

Komponen bolehubah ditetapkan mengikut prestasi syarikat dan / atau produktiviti setiap pekerja.

iii. Model Campuran

Merupakan kombinasi kedua-dua model berasaskan keuntungan dan berasaskan produktiviti.

FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN PLWS

  • Pembayaran upah akan diselaraskan mengikut prestasi ekonomi dan ini akan mengurangkan impak negatif terhadap majikan dan pekerja;
  • Menjamin kestabilan pekerjaan dan mengurangkan risiko kebarangkalian berlakunya pembuangan kerja sewaktu kelembapan ekonomi;
  • Mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua belah pihak;
  • Membolehkan syarikat menyelaras polisi mengikut suasana ekonomi semasa;
  • Memperbaiki pengkhususan kerja mengikut kemahiran dan meningkatkan kerjaya para pekerja; dan
  • Meningkatkan motivasi pekerja dan kepuasan bekerja.

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech