Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

Pertikaian perusahaan atau trade dispute ditakrifkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai suatu pertikaian antara majikan dengan pekerja-pekerja berkaitan dengan pekerjaan, bukan pekerjaan, syarat-syarat pekerjaan atau keadaan kerja.

Majikan atau kesatuan yang menjadi pihak dalam pertikaian perusahaan boleh mengemukakan aduan ke Jabatan ini untuk mencari penyelesaian.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi penyelesaian sesuatau pertikaian perusahaan:

  • LANGKAH PERTAMA

Perundingan Secara Langsung

Perundingan akan dijalankan antara kesatuan dan majikan yang terlibat mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Perjanjian Kolektif atau mengikut prosedur / polisi syarikat sedia ada.

  • LANGKAH KEDUA

Rundingan Damai

Jika penyelesaian tidak dicapai melalui perundingan secara langsung, pihak kesatuan atau majikan yang berkenaan boleh melaporkan pertikaian tersebut kepada Pejabat Perhubungan Perusahaan berhampiran. Sekiranya tiada sebarang penyelesaian melalui rundingan damai dicapai, laporan pertikaian berkenaan akan dikemukakan kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia untuk diputuskan sama ada dirujuk atau tidak rujuk ke Mahkamah Perusahaan.

  • LANGKAH KETIGA

Arbitrasi oleh Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Perusahaan akan mendengar dan memutuskan isu pertikaian yang dirujuk oleh Y.B. Menteri dan akan akan megeeluarkan award. Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan ia adalah muktamad.

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech