Welcome to JPPM_bm   Click to listen highlighted text! Welcome to JPPM_bm Powered By GSpeech

PERPINDAHAN PEJABAT JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN PULAU PINANG

PERPINDAHAN PEJABAT JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN PULAU PINANG

Pada 13 Julai 2017, Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah berpindah secara rasminya ke Bangunan Lama PTK Butterworth, Jalan Bagan Luar. Perpindahan tersebut disebabkan Bangunan Lembaga Buruh Pelabuhan akan dirobohkan dan dibina semula selepas mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya.  

Perpindahan tersebut juga melibatkan 2 Jabatan lain iaitu Pusat Jobs Malaysia Pulau Pinang dan Mahkamah Perusahaan Cawangan Pulau Pinang. JPP Pulau Pinang dan Pusat Jobs Malaysia Pulau Pinang beroperasi di Tingkat Bawah, manakala Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang beroperasi di Tingkat 1 seperti gambar di bawah:

gambar1

Bangunan PTK Butterworth di mana Pejabat JPP Pulau Pinang, Pusat Jobs Malaysia dan Mahkamah Perusahaan beroperasi.

gambar1

Bangunan Lembaga Buruh Pelabuhan yang akan melalui proses perobohan dan pembinaan semula setelah mendapat kelulusan pihak JKR. 

Pejabat JPP Pulau Pinang boleh dihubungi di alamat berikut:- 

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN PULAU PINANG

(Kementerian Sumber Manusia) Jalan Bagan Luar 12000 Butterworth PULAU PINANG

No. Tel: 04-3231 481

No. Fax: 04-3231651

 

Disediakan oleh,

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech