Soalan Lazim


Representasi pemulihan kerja bermaksud tuntutan seseorang pekerja untuk bekerja semula di syarikat yang sama melalui usaha memfailkan tuntutan tersebut di bawah seksyen dan Akta yang dimaksudkan di atas yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) yang diambil terhadap dirinya adalah tidak adil, pekerja berkenaan bebas melaksanakan haknya untuk mengemukakan representasi pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967.

Tiga model asas dalam PLWS adalah: Model Berasaskan Keuntungan: di mana pembayaran bonus berubah-ubah bergantung kepada keuntungan syarikat; Model Berasaskan Produktiviti :di mana pembayaran bonus berubah-ubah berdasarkan kepada peningkatan produktiviti; dan Model Berasaskan Campuran : yang terdiri daripada dua pendekatan dimensi menghubungkan keuntungan dan produktiviti.

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPPM) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Semua pihak termasuk Majikan, Pekerja, Kerajaan dan Negara dari segi ekonomi.

Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan mengukur kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain dalam menukar input ke output berguna.

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) adalah satu sistem yang menetapkan hubungan yang lebih rapat antara upah dan produktiviti. Sistem ini akan memastikan sebarang kenaikan gaji setimpal dengan peningkatan yang lebih tinggi dalam produktiviti. Ia juga membantu pengurusan untuk membentuk satu sistem ganjaran yang komprehensif untuk produktiviti dan upah yang lebih baik melalui penyertaan yang aktif dan kerjasama semua kakitangan.

Sekiranya perjanjian kolektif yang telah diperakui oleh Mahkamah Perusahaan tidak dipatuhi, pihak kesatuan sekerja atau orang yang terikat dengan perjanjian tersebut boleh membuat aduan secara bertulis kepada Mahkamah Perusahaan. [Seksyen 56 APP 1967].

Terdapat 2 implikasi utama apabila sesebuah perjanjian kolektif telah diberi cognizance oleh Mahkamah Perusahaan iaitu: a. Perjanjian Kolektif yang telah diberi cognizance oleh Mahkamah Perusahaan adalah disifatkan sebagai suatu “award” dan mengikat pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut termasuk semua pekerja-pekerja yang bekerja atau kemudiannya diambil bekerja; b. Bermula daripada tarikh dan tempoh yang ditetapkan mengikut perjanjian berkenaan, Perjanjian Kolektif tersebut merupakan syarat tersirat kontrak perkhidmatan di antara pekerja dengan majikan di mana kadar upah dan syarat-syarat pekerjaan hendaklah mengikut perjanjian berkenaan melainkan dipinda melalui perjanjian berikutnya atau oleh keputusan mahkamah. [Seksyen 17 APP 1967]

Perjanjian Kolektif yang telah dimeterai oleh kedua-dua pihak yang terlibat hendaklah dikemukakan secara bersama kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan untuk mendapat (cognizance) Mahkamah Perusahaan. Pengemukakan perjanjian kolektif berkenaan mestilah dilakukan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh perjanjian berkenaan dimeterai [Seksyen 16(1) APP1967].

Perundingan kolektif adalah satu proses tawar menawar secara kolektif di antara majikan/kesatuan majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif. Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif. [(Sek.13 (1)(a) (b)) APP 1967}] Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari. [(Sek.13(4)) APP 1967]

Perjanjian Kolekif merupakan sebuah perjanjian bertulis yang dicapai di antara majikan/kesatuan majikan dan kesatuan sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang dipersetujui. APP 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang wajib diperuntukan di dalam sesebuah Perjanjian Kolektif iaiti menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif yang hendaklah tidak kurang dari tempoh tiga (3) tahun [(Sek. 14(2)(b))APP 1967] yang memperuntukkan prosedur-prosedur untuk pengubahsuaian dan penamatan perjanjian kolektif.

Semakan Kehakiman adalah proses di mana Mahkamah Tinggi menjalankan bidang kuasa penyeliaan ke atas prosiding-prosiding, keputusan-keputusan oleh mahkamah yang lebih rendah , tribunal atau orang-orang yang menjalankan fungsi kuasa kehakiman.

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Y.B.Menteri Sumber Manusia, pihak tersebut boleh membuat Permohonan Semakan Kehakiman dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diterima (Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012).

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), PeraturanPeraturan Perhubungan Perusahaan 2009 dan Code of Conduct for Industrial Harmony

Pihak JPPM akan mengadakan mesyuarat rundingan damai di antara pekerja yang memfailkan representasi (yang dirujuk sebagai perayu) dan bekas majikan perayu yang membuat keputusan berhubung pembuangan kerja perayu. Sekiranya representasi berkenaan mencapai penyelesaian di antara perayu dan majikan, maka kes dianggap selesai di peringkat JPPM dan ditutup. Sekiranya ia tidak mencapai sebarang penyelesaian, maka perkara tersebut akan dimaklumkan kepada YB Menteri Sumber Manusia oleh Ketua Pengarah JPPM untuk satu keputusan sama ada representasi berkenaan perlu dirujuk atau sebaliknya ke Mahkamah Perusahaan.

Tidak. Tuntutan di bawah Seksyen 20 APP 1967 adalah HANYA terhad kepada representasi pemulihan kerja sahaja.

Membuat keputusan muktamad bahawa pekerja sememangnya ingin menuntut untuk bekerja semula di syarikat yang sama, memfailkan representasi dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh pembuangan kerjanya dan memfailkan representasi di pejabat cawangan JPPM yang terdekat dengan tempat pekerjaan terakhir pekerja berkenaan.

Mana-mana pekerja yang berpendapat bahawa tindakan pembuangan kerja yang diambil terhadap dirinya adalah tidak adil, pekerja berkenaan bebas melaksanakan haknya untuk mengemukakan representasi pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967.

Anda ada sebarang kemusykilan atau Pertanyaan ?

Hantarkan emel segera melalui :

Hubungi Kami