Indeks Keharmonian Perusahaan (IHI)


Industrial Harmony Index (IHI) merupakan inisiatif Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) sebagai satu instrumen untuk mengukur tahap keharmonian perusahaan dalam usaha mempertingkatkannya ke arah yang lebih baik. Dalam suasana tempat kerja yang harmoni, wujud hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja dan juga kesatuan sekerja seperti saling hormat-menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan mengamalkan pengurusan sumber manusia yang baik. Kajian ini secara tidak langsung membantu mengarus perdana usaha memelihara dan mempertingkatkan keharmonian perusahaan merentas industri nasional. Skor IHI yang diperoleh boleh dijadikan sebagai penanda aras keharmonian perusahaan negara dan boleh diukur secara berkala agar trend keharmonian perusahaan negara boleh dipantau oleh pihak JPPM dan dijadikan rujukan oleh majikan, kesatuan sekerja dan pelabur asing. Selain itu, hasil dapatan tentang indeks keharmonian perusahaan yang diperoleh boleh dijadikan rujukan kepada pihak JPPM dalam merangka pelan tindakan bagi meningkatkan keharmonian perusahaan di negara ini.

Hasil Kajian IHI ini juga akan menjadi sumber data utama bagi indikator 'Cooperation in Labor-Employer Relations’ dalam kajian indikator antarabangsa iaitu Global Competitiveness Yearbook Report oleh International Management Development (IMD). Kajian indikator ini akan menentukan ranking daya saing negara dalam National Competitiveness Ranking yang amat penting untuk menarik pelabur asing dan pengukuhan ekonomi negara.

Skor IHI Malaysia 2017 : 75.9%



Skor IHI Mengikut 5 Dimensi Utama:

75.5%
Hubungan Memupuk
75%
Keterhubungan
75.5%
Saling Bekerjasama
78.6%
Bertanggungjawab
78.6%
Bertanggungjawab

Mulakan Soal Selidik Anda :


Siapakah Anda?

Majikan Pekerja