Working Visit by the Honourable Minister and Deputy Minister of Human Resources to Key Labour Agencies to Strengthen the Nation’s Labour Reform

DIRM
7 Januari 2026
9.00 a.m
KESUMA, Putrajaya

Activity Description

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) meneruskan komitmen memperkukuh ekosistem perburuhan negara menerusi Lawatan Kerja YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia bersama YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia ke tiga agensi teras kementerian iaitu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

Lawatan kerja ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada kepimpinan baharu kementerian terhadap peranan, fungsi serta keutamaan operasi setiap jabatan dalam mendokong agenda reformasi buruh dan perlindungan pekerja negara.

Activity Photos