Soalan Lazim: MKP

MKP: Apa itu MKP?

Modul Keharmonian Perusahaan (MKP) ialah dokumen latihan kesedaran berkaitan keharmonian perusahaan yang komprehensif, efektif dan terkini. Modul ini diguna pakai bagi mengekalkan suasana yang harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.

MKP: Siapakah yang boleh menggunakan MKP?

MKP boleh digunakan oleh pegawai JPPM dan pihak berkepentingan JPPM, termasuk pegawai perunding Jabatan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

MKP: Apakah objektif pembangunan MKP?

MKP dibangunkan untuk menyediakan modul latihan keharmonian perusahaan yang boleh diguna pakai oleh pegawai dan pihak berkepentingan JPPM, menyeragamkan modul latihan serta meningkatkan kepakaran berkaitan keharmonian perusahaan.

MKP: Mengapakah modul latihan MKP perlu diseragamkan?

Modul latihan MKP diseragamkan bagi membantu pembangunan pegawai latihan, meningkatkan kompetensi pegawai perunding serta menyediakan latihan kepada pegawai Jabatan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

MKP: Bagaimanakah MKP membantu meningkatkan keharmonian perusahaan?

MKP menyediakan latihan kesedaran yang komprehensif, efektif dan terkini kepada pihak yang terlibat dalam perhubungan perusahaan. Latihan ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran bagi mengekalkan suasana yang harmoni serta kondusif di tempat pekerjaan.

MKP: Apakah silibus yang terdapat dalam MKP?

Terdapat enam silibus yang dibangunkan dalam MKP, iaitu:

 

  1. Complaints under Section 8, Industrial Relations Act 1967 (Act 177)
  2. Pertikaian Perusahaan di bawah Seksyen 18, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)
  3. Industrial Action
  4. Claims for Recognition
  5. Representations for Reinstatement
  6. Rundingan dan Perjanjian Kolektif.