Peranan Jabatan Perhubungan Perusahaan Berkaitan PLWS

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran dikalangan majikan-majikan untuk mempertingkatkan produktiviti melalui pelaksanaan PLWS.

Jabatan ini bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam melaksanakan program-program promosi. Terdapat beberapa program tahunan telah dan akan dijalankan oleh Jabatan ini dalam usaha menggalakkan majikan-majikan melaksanakan PLWS seperti berikut :-

  1. Simposium Kebangsaan
  2. Seminar / Bengkel / Dialog
  3. Bimbingan
  4. Khidmat nasihat kepada majikan

Kriteria Kejayaan Dalam Pelaksanaan PLWS

  1. Komitmen dari pihak pengurusan tertinggi adalah sangat penting dalam memberi sokongan dan juga keyakinan kepada pekerja terhadap sistem baru.
  2. Pekerja harus diberi pendedahan terhadap pelaksanaan sistem ini agar ia dapat diterima oleh pekerja. Manakala majikan harus bersedia untuk berkongsi maklumat dan informasi dengan pekerja serta menyediakan program yang dapat membantu meningkatkan produktiviti pekerja dan syarikat.
  3. Memberi penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pekerja di tempat kerja adalah salah satu kriteria yang penting apabila melaksanakan sistem ini. Ini boleh memastikan bahawa keperluan asas pekerja tidak diabaikan.
  4. Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan majikan dalam mewujudkan satu sistem upah yang lebih adil boleh mengelakkan sebarang prajudis terhadap sistem ini.
  5. Saluran komunikasi perlu diwujudkan dalam menyediakan input atau maklumat kepada pekerja terhadap sebarang penambahbaikan terhadap sistem ini. Ianya juga bertujuan untuk mendapat maklumbalas dan cadangan dalam membuat penambahbaikan.
  6. Mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pekerja diperlukan di semua peringkat dalam syarikat.