Menguruskan kes yang berkaitan dengan pembuangan kerja, pertikaian di tempat kerja dan isu-isu lain di bawah Bahagian Perundangan JPPM.
Mengurus dan mengendali aktiviti keharmonian perusahaan di JPPM seperti lawatan harmoni ke syarikat dan program dialog sosial di antara JPPM, majikan, pekerja dan Kesatuan Sekerja.
Sistem bersepadu yang merangkumi semua fungsi dan operasi JPPM boleh diakses secara Single Sign-On (SSO) dan mempunyai pangkalan data berpusat sistematik yang memudahkan capaian secara atas talian dan real-time.
IRIS memperluaskan outreach sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada rakyat tanpa sempadan lokasi, masa dan apa juga keadaan semasa.
Instrumen mengukur tahap hubungan pekerja dan majikan di Malaysia dan merupakan harta intelek rasmi pertama JPPM yang telah didaftarkan di bawah MyIPO.
Merangkumi pelbagai aktiviti pengurusan seperti pengurusan aduan dan kepuasan pelanggan yang terbuka kepada orang awam manakala submodul lain adalah untuk kegunaan dalaman JPPM.
Sebuah instrumen pengukuran keharmonian antara pekerja dan majikan di Malaysia. Skor IHI membantu memantau keharmonian perusahaan dan menjadi rujukan bagi majikan, kesatuan sekerja, dan pelabur asing.

Satu dokumen latihan kesedaran berkaitan keharmonian perusahaan yang efektif, komprehensif dan terkini dan digunapakai bagi mengekalkan suasana harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.

Merupakan satu garis panduan kepada majikan dan pekerja berkaitan amalan perhubungan perusahaan yang baik bagi memelihara keharmonian perusahaan dan mewujudkan tempat pekerjaan yang kondusif.

Satu sistem yang mewujudkan hubungan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.

Dalam konteks di Malaysia merujuk kepada usaha pihak majikan dan pekerja/kesatuan sekerja untuk berkolaborasi dan membuat keputusan bersama melalui platform formal atau tidak formal dalam sesebuah organisasi
