Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan ≈ mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber (seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain) secara optimum dan menukar input kepada output berguna.
Peningkatan produktiviti akan memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup, daya saing, dan kualiti hidup yang lebih baik.


| Peningkatan Ganjaran Keuntungan dari peningkatan produktiviti dikongsi bersama oleh pekerja-pekerja dalam bentuk kenaikan upah dan gaji sebagai ganjaran serta bagi mengekalkan usaha mereka. |
|
| Harga Barang dan Perkhidmatan yang Lebih Rendah Peningkatan produktiviti akan mengurangkan kos pengeluaran setiap unit membolehkan harga yang lebih rendah ditawarkan kepada pengguna. |
|
| Perkembangan Dalam Pembentukan Modal Dengan perkembangan modal dan pendapatan, pengeluar boleh menawarkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dalam pasaran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. |