Seksyen 20 Akta APP 1967
Pekerja yang menganggap bahawa pembuangan kerja adalah tidak adil dan tanpa sebab yang munasabah oleh majikan, boleh membuat representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan.
Seksyen 20 (1A) APP 1967
Representasi ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pembuangan kerja. Representasi ini juga boleh dikemukakan dalam tempoh notis pembuangan.
Representasi boleh dikemukakan secara dalam talian melalui sistem IRIS. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hadir ke pejabat JPPM yang berdekatan.
JPPM akan menggunakan kaedah Alternative Disputes Resolution (ADR) dalam mencari penyelesaian kes berpandukan prinsip win-win situation. JPPM akan menetapkan tarikh mesyuarat rundingan damai di mana majikan dan pekerja akan dipanggil untuk hadir bersemuka.
Dalam keadaan tertentu mesyuarat rundingan damai secara dalam talian juga boleh dilakukan. Sekiranya penyelesaian dicapai di antara kedua-dua pihak, satu Memorandum Persetujuan akan disediakan oleh JPPM dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Kes adalah selesai dan ditutup selepas pematuhan terma MOA. Kes juga boleh dianggap ditarik balik oleh pekerja sekirnya gagal hadir dalam tiga sesi RD yang telah ditetapkan.
Sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati bahawa tiada kemungkinan untuk mencapai penyelesaian kes maka representasi tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk mendapatkan award.
Kes yang dirujuk oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.
Keputusan oleh Mahkamah Perusahaan adalah dalam bentuk award yang akan mengikat kedua-dua pihak yang bertikai.
Perwakilan dalam proses rundingan damai di JPPM adalah seperti berikut:
Peguambela tidak dibenarkan mewakili pekerja/majikan di dalam prosiding rundingan damai di JPPM.