Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni di antara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara.
01 |
Memantau perkembangan dan arah aliran (trends) perhubungan perusahaan di dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara khasnya dan Dasar Buruh Negara amnya dari semasa ke semasa. |
02 |
Menyelaras perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama tiga pihak iaitu di antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam bidang perhubungan perusahaan. |
03 |
Menggalakkan dan membantu perjalanan perundingan kolektif dan joint consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep self governance in industry dan konsep musyawarah. |
04 |
Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan pertubuhan pekerja untuk amalan perhubungan perusahaan yang baik dan sihat. |
05 |
Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan. |
06 |
Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari representasi pekerja untuk dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka. |
07 |
Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil oleh majikan mereka. |
08 |
Mengendali tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja. |
Menggalak dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif dalam negara.