EMS: Pertikaian Perusahaan

Modul EMS Seksyen 13

Perundingan kolektif adalah satu proses tawar-menawar secara kolektif di antara majikan/kesatuan sekerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif.

 

Mana-mana pihak sama ada majikan/kesatuan sekerja majikan atau kesatuan sekerja pekerja boleh membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan.

 

Terdapat dua (2) keadaan yang menyebabkan wujudnya pertikaian di dalam proses perundingan perjanjian kolektif iaitu:

 

    1. Keengganan memulakan perundingan kolektif sama ada melibatkan perjanjian kolektif pertama atau pembaharuan perjanjian kolektif.
    2. Kebuntuan dalam perundingan kolektif di mana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bersama terhadap artikel-artikel yang dipertikaikan dalam perjanjian kolektif.

Modul EMS Seksyen 18

Pertikaian Perusahaan atau “trade dispute” ditakrifkan di bawah Akta 177 sebagai suatu pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma – terma dan syarat – syarat pekerjaan atau keadaan tempat pekerjaan

Berkaitan Pekerjaan

  • Keengganan memulakan perundingan kolektif
  • Kebuntuan dalam perundingan kolektif
  • Senarai tugas
  • Proses kerja

Berkaitan Bukan Pekerjaan

  • Kegagalan mematuhi piawaian perburuhan dan peruntukan berkanun berkaitan dengan kemudahan serta Iain-Iain faedah bukan kewangan.
  • Pelanggaran hak pekerja atau ketidakadilan dalam amalan perburuhan atau penindasan ke atas pekerja.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pekerjaan

  • Pertikaian mengenai mana-mana terma, syarat kontrak perkhidmatan, Perjanjian Kolektif atau mana-mana undang-undang bertulis secara nyata atau tersirat.
  • Berbentuk kewangan atau bukan kewangan.

Peraturan-Peraturan Kerja Bagi Mana-Mana Pekerja Tersebut

Pertikaian mengenai peraturan kerja di tempat pekerjaan seperti kemudahan asas dan kelengkapan pekerjaan yang bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawabnya.