Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan (COC)

Apa itu COC?

Code of Conduct for Industrial Harmony (COC) ataupun Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan telah diwujudkan pada tahun 1975.  Dokumen COC dihasilkan secara perbincangan tripartite antara tiga pihak iaitu kerajaan (melalui Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, pada masa tersebut), wakil-wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan wakil-wakil Pertubuhan majikan-majikan Malaya.

 

COC diwujudkan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam menangani isu perhubungan perusahaan dan pengurusan pekerja di tempat kerja.   Tujuan ianya diwujudkan adalah untuk menetapkan prinsip-prinsip dan garis panduan mengenai amalan dan perhubungan perusahaan bagi mencapai keharmonian perusahaan yang lebih memuaskan serta mewujudkan tempat pekerjaan yang kondusif.

 

COC ditandatangani persetujuannya oleh YB Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat (pada ketika itu), Majlis Pertubuhan Majikan-majikan Malaya dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia pada 9 Februari 1975.

Way Forward

Pihak Kementerian bercadang untuk melakukan semakan dan mengemaskini COC bagi menambahbaik garis panduan yang terdapat di dalamnya demi untuk meningkatkan lagi pendekatan secara harmoni terhadap perhubungan perusahaan di tempat pekerjaan agar seiring dengan tren perburuhan semasa.