EMS: Hak Berunding Tunggal

Modul EMS Seksyen 12A

Peruntukan mengenai hak berunding tunggal diwujudkan bagi menangani isu kepelbagaian kesatuan sekerja berikutan daripada cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]. Mekanisme ini bagi membolehkan pekerja-pekerja yang terlibat memilih hanya sebuah kesatuan sekerja untuk mewakili mereka dalam perundingan kolektif. Dengan kata lain, sesebuah tempat pekerjaan boleh mempunyai lebih daripada sebuah kesatuan sekerja bagi mewakili kategori pekerja yang sama tetapi bagi tujuan perundingan kolektif hanya sebuah kesatuan sekerja mempunyai hak mutlak. Mekanisme hak berunding tunggal ini akan memastikan polisi sedia ada kekal iaitu hanya sebuah kesatuan sekerja dibenarkan untuk mewakili kategori pekerja yang sama dalam sesuatu perundingan kolektif.