Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS)

Apa itu PLWS?

Satu sistem yang mewujudkan hubungan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.
Membolehkan pekerja menikmati bahagian yang sewajarnya hasil daripada peningkatan produktiviti dan memperbaiki kualiti kehidupan pekerja.
Memberi faedah kepada pekerja dan majikan.

Sehingga hari ini terdapat:

106087
Majikan yang telah melaksanakan PLWS
7002969
Pekerja yang telah menikmati faedah PLWS

Angka ini telah menunjukkan ramai majikan telah berminat untuk melaksanakan PLWS. Produktivti merupakan salah satu faktor utama dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara serta taraf kehidupan penduduknya. Oleh itu peningkatan dalam produktiviti adalah strategik utama dalam mempertingkatkan daya saing ekonomi negara dan dalam masa yang sama dapat membantu syarikat meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka. Menyedari kepentingan dalam mempertingkatkan produktiviti syarikat dan negara, kerajaan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah memperkenalkan PLWS dan aktif mempromosikan PLWS.

Mengapa PLWS?

01

Mewujudkan kaitan yang lebih dekat antara gaji dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.

02

Memastikan kenaikan gaji seiring dengan pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi.

Faedah PLWS

Lihat Senarai Faedah

01

Pembayaran gaji akan diselaraskan mengikut prestasi ekonomi dan ini akan mengurangkan impak negatif ke atas majikan dan pekerja.

02

Memastikan kestabilan pekerjaan dan mengurangkan kebarangkalian pemberhentian semasa kelembapan ekonomi.

03

Mewujudkan situasi adil bagi kedua-dua pihak.

04

Membolehkan syarikat-syarikat untuk menyesuaikan dasar mereka mengikut keadaan ekonomi semasa.

05

Meningkatkan pengkhususan pekerjaan mengikut kemahiran dan meningkatkan kerjaya pekerja.

06

Meningkatkan motivasi pekerja dan kepuasan kerja.

Faedah Implementasi PLWS

Komponen PLWS

Komponen PLWS terdiri daripada komponen tetap dan komponen berubah:

Lihat Komponen PLWS

Komponen Tetap

Elemen ini terdiri daripada gaji pokok dan kenaikan gaji tahunan. Ia menentukan kestabilan pendapatan, bertindak sebagai petunjuk kepada nilai kerja, mempengaruhi kos sara hidup dan penyelarasan yang sewajarnya melalui kenaikan gaji tahunan. Walaubagaimanapun, kenaikan gaji tahunan hanya memberi impak yang kecil terhadap pendapatan dalam peningkatan kos sara hidup.

Komponen Berubah

Elemen ini menyediakan kepelbagaian komponen dalam menentukan produktiviti dan prestasi seseorang individu dan sesebuah organisasi. Ia dikaitkan dengan indikator pengukuran prestasi yang ditentukan di peringkat syarikat.

Komponen Berubah diantaranya adalah:

1. Insentif Prestasi Syarikat atau Individu
  • Peningkatan Produktiviti
  • Petunjuk prestasi utama
  • Sasaran pengeluaran
  • Pengukuran bukan kewangan seperti kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan
2. Insentif Prestasi Produktiviti
  • Nilai tambah bagi setiap pekerja
  • Nilai jualan bagi setiap pekerja
  • Sasaran individu/ Kumpulan
  • Pengurangan dalam jumlah kerosakan
3. Bonus Berasaskan Keuntungan
  • Keuntungan sebelum cukai
  • Keuntungan selepas cukai
  • Pulangan terhadap jualan
  • Pulangan terhadap ekuiti
  • Pulangan terhadap pelaburan
  • Keuntungan kasar operasi
  • Keuntungan sebelum faedah dan cukai
4. Peningkatan Berasaskan Merit
  • Berasaskan kepada fungsi kerja
  • Berdasarkan kepada penilaian prestasi
  • Pencapaian sasaran petunjuk prestasi
5. Insentif Berkumpulan
  • Insentif berasaskan kepada prestasi berkumpulan
6. Insentif Komitmen
  • Ketepatan masa
  • Ketidakhadiran bekerja
  • Kehadiran penuh ke tempat kerja
  • Cuti Sakit
  • Tatatertib
7. Elaun Atau Insentif Kemahiran
  • Berkeupayaan melakukan lebih dari satu jenis fungsi kerja
  • Berkeupayaan mengendalikan lebih dari satu jentera / mesin
  • Mempunyai kelayakan / kemahiran dalam bidang khusus
8. Insentif Perkhidmatan
  • Berdasarkan kepada Jabatan seperti Jabatan Penyelenggaraan, Penyambut Tetamu dan sebagainya
  • Prestasi kumpulan atau individu
9. Bonus Berasaskan Prestasi Yang Berubah
  • Bonus berasaskan kepada petunjuk prestasi utama dan prestasi individu
10. Insentif Pemungutan Debit atau Hutang
  • Insentif berasaskan kepada tempoh pungutan
11. Elaun atau Insentif Berasaskan Prestasi
  • Insentif untuk kakitangan kanan (yang telah mencapai gaji maksimum)
12. Insentif Jualan
  • Insentif berasaskan kepada pencapaian sasaran jualan
13. Bonus Berasaskan Prestasi Individu Dan Syarikat
  • Bonus berasaskan kepada perancangan perniagaan dan prestasi individu
  • Keuntungan sebelum faedah dan cukai dan prestasi individu
  • Keuntungan dan prestasi individu
14. Kenaikan Berasaskan Pulangan Kepada Pelaburan
  • Kenaikan berasaskan kepada pulangan pelaburan dan prestasi individu

Model PLWS

Terdapat tiga model asas PLWS untuk syarikat-syarikat untuk menyesuaikan diri dan menerima pakai. Setiap model mesti mengandungi komponen tetap dan komponen berubah-ubah. Komponen tetap terdiri daripada gaji asas dan faedah kenaikan gaji. Komponen berubah terdiri daripada kenaikan gaji untuk tahun tersebut berdasarkan pada produktiviti atau perkongsian keuntungan formula.

 

Syarikat boleh memilih mana-mana model yang sesuai dengan keperluan mereka untuk meningkatkan prestasi pekerja dan syarikat.

Model Keuntungan

Model Produktiviti

Model Gabungan (Campuran)

Elemen PLWS

Lihat Senarai Elemen
# Elemen Keterangan

Elemen PLWS

Contoh 1 : Prestasi Dan Insentif Produktiviti

Contoh 2 : Bonus Berkaitan Keuntungan

Contoh 3 : Perkongsian Keuntungan Dan Insentif Pasukan

Contoh 4 : Sasaran Produktiviti

Contoh 5 : Bonus Berdasarkan Individu Dan Syarikat

Contoh 6 : Koleksi Insentif Hutang

Contoh 7 : Insentif Kerja Semula

Contoh 8 : Skim Merit Dan Perkongsian Keuntungan

Contoh 9 : Elaun Insentif Prestasi

Contoh 10 : Skim Insentif Prestasi Bulanan