JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA
BORANG SOAL SELIDIK INDEKS KEHARMONIAN PERUSAHAAN (IHI) (MAJIKAN)
Dalam usaha untuk mempertingkatkan keharmonian perusahaan di negara
ini,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ingin mendapatkan maklum
balas
daripada tuan/puan berkenaan dengan keharmonian perusahaan di
syarikat tuan/puan bekerja.
Maklum balas yang tuan/puan berikan dianggap sulit. Identiti
organisasi serta identiti
tuan/puan dalam kajian ini adalah dirahsiakan. Tidak ada jawapan
yang betul atau salah
bagi setiap kenyataan dalam borang soal selidik ini. Tuan/puan hanya
perlu memberi
pandangan sejujur yang mungkin. Sekiranya tuan/puan mempunyai
sebarang pertanyaan,
tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Azma binti Abdul Rahman (no.
telefon : 03-88862485).
Terima kasih atas kerjasama yang diberi.
Pengarah
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia