OBJEKTIF & FUNGSI JABATAN


Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni di antara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara.

FUNGSI JABATAN :

  • Memantau perkembangan dan arah aliran (trends) perhubungan perusahaan di dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara khasnya dan Dasar Buruh Negara amnya dari semasa ke semasa;
  • Menyelaras perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama tiga pihak iaitu di antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam bidang perhubungan perusahaan;
  • Menggalakkan dan membantu perjalanan perundingan kolektif dan joint consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep self governance in industry dan konsep musyawarah;
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan pertubuhan pekerja untuk amalan perhubungan perusahaan yang baik dan sihat;
  • Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan;
  • Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari representasi pekerja untuk dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka;
  • Mengendali tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja ;
  • Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil oleh majikan mereka.

VISI & MISI

Visi

Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif dalam negara

Misi

Menggalak dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemjuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Piagam Pelanggan


JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang positif dan harmoni dianatara majikan,pekerja dan kesatuan sekerja mereka demi mengekalkan iklim pelaburan dan kesejahteraan pekerja dengan ini memberi pengakuan untuk :
  • 1. Memberi layanan sewajarnya kepada setiap representasi atau aduan yang diterima daripada pekerja, majikan dan kesatuan sekerja
  • 2. Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan obligasi dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-Peraturannya kepada pelanggan
  • 3. Memberikan perkhidmatan runding damai dengan adil dan saksama
  • 4. Bertindak serta-merta tanpa prasangka ke atas semua tindakan perusahaan seperti piket, mogok dan tutup pintu dan lain-lain
  • 5. Memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan dengan prihatin dan kemesraan
  • 6. Memberi maklumbalas kepada setiap representasi, aduan dan kes pertikaian perusahaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan
  • 7. Memproses dan menyelesaikan tuntutan pengiktirafan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan setelah semua dokumen lengkap diterima
  • 8. Memulakan siasatan terhadap sebarang aduan berkenaan pelanggaran peruntukan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima
  • 9. Melaksanakan fungsi untuk memelihara suasana perhubungan perusahaan yang harmoni, meningkatkan jalinan kerjasama tripartisme yang produktif, mesra, dan berkualiti