Cik Malarvelly a/p Mariappan, Ketua Penolong Pengarah JPP Johor dan Puan Tuan Nonie Suhaily Wan binti Wan Ab. Aziz, Penolong Ketua Pengarah JPP Johor telah menghadiri Bengkel Pemantapan Prosedur Pengurusan Mesyuarat-Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor dan bertujuan memberi pendedahan dalam menyediakan kertas kerja serta prosedur yang patut di ikuti oleh Jabatan sebelum membawa kertas kerja untuk pertimbangan Mesyuarat Kerajaan Negeri.