Tuan Haji Mohd Sazali bin Abd Wahab, Tuan Pengarah JPP Johor telah menghadiri perjumpaan Exco Johor Bersama Agensi-Agensi di bawah kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor telah mempengerusikan perjumpaan tersebut di mana beliau menyeru kerjasama antara agensi dalam membantu pentadbiran beliau. Dalam perjumpaan tersebut, beliau turut berharap agar program-program dan polisi berkaitan sumber manusia dapat diperkenalkan dan diperkasakan.