Pada 16 Januari 2024 jam 10.00 pagi, syarikat PKB Capital Sdn Bhd telah hadir ke pejabat JPP Kedah/Perlis bagi tujuan lawatan harmoni dan dialog sosial. Perjumpaan antara jabatan dan syarikat ini telah dihadiri oleh Pengarah dan pegawai-pegawai JPP Kedah/Perlis. Antara tujuan lawatan harmoni dan dialog sosial ini diadakan untuk memperkenalkan mengenai peranan serta aktiviti-aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh JPPM dan pada masa yang sama menjalin hubungan baik dengan syarikat berkenaan. Moga lawatan harmoni dan dialog sosial ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.