Puan Nor Adurawati binti Moktar, Penolong Kanan Pengarah JPP Kluang selesai mengemaskini maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama(PADU) selaras dengan surat bertarikh 20 Disember 2023 dari Ketua Setiausaha Negara dengan rujukan EPU.(S).52-1/77/1(5) mengenai pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berkaitan individu dan isi rumah. Semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan diseru untuk bekerjasama dan memberi komitmen dalam memastikan maklumat dan data yang diperlukan dapat dibekalkan kepada DOSM untuk diintergrasikan ke dalam sistem PADU.