Kursus Profesionalisme Diri Unggul

Siri 1/2024

JPP Muar
8 – 10 Jan 24
08.30 am – 04.30 pm
Muar, Johor

Keterangan Aktiviti

Puan Noor Aini Binti Md Derus, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (TBK1) JPP Muar telah menghadiri Kursus Profesionalisme Diri Unggul Siri 1/2024 anjuran Institut Tadbir Awam Negara Kampus Wilayah Timur (INTIM), Terengganu secara dalam talian melalui platform Zoom mulai jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Antara objektif kursus ini ialah mengaplikasikan tingkah laku yang lebih baik untuk meningkatkan prestasi kerja berkualiti, mengaplikasikan tugas secara professional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni serta mengurus emosi dan meningkatkan tahap profesionalisme diri yang unggul.