Pada 05 Februari 2024, Pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang telah dijemput oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pahang sebagai penceramah berhubung Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja dan Taklimat Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Negeri Pahang Bagi Tahun 2024 yang diadakan di BCIC LODGE, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pegawai tertinggi kesatuan sekerja telah menyertai kursus ini.