Program Karnival Latih Madani 2024

Anjuran HRD Corp

JPP Pulau Pinang
24 Feb 24
08.00 am – 02.00 pm
Pulau Pinang

Keterangan Aktiviti

Pada 24 Februari 2024 jam 8 pagi sehingga 2 petang, pihak JPP Pulau Pinang telah dijemput untuk membuka booth bagi Program Karnival Latih Madani 2024. Program yang dianjurkan oleh HRD Corp ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong di Dewan Ng Yam Huat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis ini telah dihadiri oleh 1000 orang dan mengetengahkan lebih 18 pempamer dengan pelbagai aktiviti yang dirangka diantaranya seperti reruai pameran, gerai makanan dan minuman, kelas kemahiran dan latihan serta aktiviti komuniti setempat. Tujuan utama karnival ini adalah untuk menjadi antara penggerak ulung landskap latihan negara menuju Malaysia Madani.

Foto Aktiviti