Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), terus mengorak langkah proaktif dalam memperkukuh hala tuju strategik bagi tahun 2026. Langkah ini dizahirkan melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung penuh simbolik di Ballroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
Majlis bersejarah ini disaksikan oleh YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA. Dokumen persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Aminuddin bin Ab Rahaman (Ketua Pengarah JPPM) bersama YBhg. Profesor Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM.