Tahniah kepada Amkor Technology Malaysia Sdn. Bhd. dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Amkor Technology Malaysia Sdn. Bhd. atas kejayaan memeterai Perjanjian Kolektif (CA) Kali Ke-6. Majlis ini telah disaksikan oleh Puan Saadiah Binti Saad, Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).
Perjanjian Kolektif bagi tempoh tiga (3) tahun ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni melalui semangat kerjasama dan rundingan secara muafakat. Perjanjian ini turut memberikan pelbagai manfaat kepada para pekerja, sekali gus meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan mereka.