Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan mengukur kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain dalam menukar input ke output berguna.
Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) adalah satu sistem yang menetapkan hubungan yang lebih rapat antara upah dan produktiviti. Sistem ini akan memastikan sebarang kenaikan gaji setimpal dengan peningkatan yang lebih tinggi dalam produktiviti. Ia juga membantu pengurusan untuk membentuk satu sistem ganjaran yang komprehensif untuk produktiviti dan upah yang lebih baik melalui penyertaan yang aktif dan kerjasama semua kakitangan.
Semua pihak termasuk Majikan, Pekerja, Kerajaan dan Negara dari segi ekonomi.
Sila hubungi Jabatan ini atau emelkan kepada bkep@mohr.gov.my atau menghubungi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).