Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan –

Apa Bakal Pesara Perlu Tahu?

JPP Muar
06 – 07 Feb 24
08.30 am – 04.30 pm
Muar, Johor

Keterangan Aktiviti

Encik Azman Bin Awam, Pembantu Operasi Gred N11 JPP Muar telah menghadiri Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan – Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? Siri 1/2024 anjuran Institut Tadbir Awam Negara Kampus Putrajaya secara dalam talian melalui platform Zoom. Kursus tersebut telah dimulakan pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Antara objektif kursus ini ialah dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab pegawai bagi melengkapkan kertas persaraannya mengikut senarai semak yang ditetapkan, mengetahui jenis-jenis faedah persaraan yang layak diterima atau dituntut setelah bersara berdasarkan Akta Pencen yang berkuatkuasa dan dapat mengenal pasti individu yang layak menerima faedah terbitan serta kemudahan lain sekiranya pegawai meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan atau dalam persaraan kelak.