Taklimat Pemberhentian Penggunaan Borang Nota Konsainan Manual Pos Laju

JPP Pahang
26 Jan 24
10.00 am
Kuantan, Pahang

Keterangan Aktiviti

Satu taklimat dan praktikal ringkas telah diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang berkenaan dengan pemberhentian penggunaan borang nota konsainan manual Pos laju bagi perkhidmatan Pos Laju berkuatkuasa 1 Januari 2024 secara menyeluruh kepada pelanggan kontrak Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat di bawah Kumpulan DRB dan Syarikat di bawah Kumpulan AlBukhary. Hal ini kerana Pos Malaysia sedang mendigitalkan proses penjanaan nota konsainan dengan menggunakan sistem SendParcel PRO selari dengan hasrat Kementerian Komunikasi.