Pada 31 Januari 2024, JPP Perak telah menerima kunjungan daripada KESATUAN PEKERJA- PEKERJA TOYO TYRE MALAYSIA SDN BHD. Sesi kunjungan ini dihadiri oleh Mohd Al- Azham Bin Mahayudin selaku Presiden Kesatuan, Mohd Khaidir bin Mohd Rodzi sebagai Naib Presiden, Mohd Firdaud Bin Abdul Manaf sebagai Setiausaha dan Khairul Anuar Bin Mat Saad sebagai Bendahari Kesatuan. Beberapa topik dibincangkan di dalam pertemuan ini. Antaranya hak pekerja dalam aktiviti berkesatuan, faedah- faedah berkesatuan, tatacara mengendalikan rundingan dengan majikan dan lain- lain. JPP Perak juga mengambil inistif untuk memperkenalkan Co-determination kepada kesatuan tersebut. JPP Perak juga mengalukan undangan dari pihak Kesatuan untuk hadir dan memberi taklimat berkenaan Keharmonian Perusahaan dan Hak Berkesatuan kepada para pekerja di Toyo Tyres Sdn Bhd.