Sharing Session: Pengenalan Kepada Productivity Linked Wage System (PLWS)

JPP Pulau Pinang
08 Feb 24
10.00 am
Pulau Pinang

Keterangan Aktiviti

Pada 08 Februari 2024, satu sesi perkongsian ilmu telah dijalankan di Jabatan Perhubungan Perusahaan, Pulau Pinang. Sesi perkongsian ini dijalankan bagi memberikan pendedahan awal mengenai Productivity Linked Wage System (PLWS) kepada pegawai-pegawai yang baharu ditempatkan di JPP Pulau Pinang. Sesi perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Shariffudin Padzil, Ketua Penolong Pengarah, JPP Pulau Pinang. Sesi perkongsian ini merangkumi taklimat ringkas pengenalan kepada PLWS, perincian kepada fokus utama PLWS seperti analisis kepada prestasi syarikat berkaitan produktiviti, competitiveness (strength & weaknesses). Selanjutnya, pendedahan berkaitan SMART Principles, kaedah dan formula yang digunapakai seperti penentuan labour productivity, added value dan guidelines menentukan competitiveness turut dijelaskan semasa sesi ini.