Soalan Lazim: Co-Determination

Co-Determination: Apa itu Co-Determination?

Co-Determination atau penetapan bersama ialah satu sistem yang melibatkan pihak majikan dan pekerja secara bersama dalam membuat keputusan penting di dalam sesebuah syarikat.

Co-Determination: Mengapakah Co-Determination diperkenalkan?

Co-Determination diperkenalkan untuk membolehkan penglibatan wakil pekerja dan majikan secara bersama dalam proses membuat keputusan di peringkat organisasi.

Co-Determination: Apakah faedah pelaksanaan Co-Determination?

Pelaksanaan Co-Determination dapat membantu memastikan kelangsungan operasi organisasi, mengekalkan pekerjaan, meminimumkan konflik serta menggalakkan semangat kekitaan yang menyumbang kepada kejayaan organisasi.

Co-Determination: Apakah lima teras utama Co-Determination?

Lima teras utama Co-Determination yang dikenali sebagai 5K ialah:

  • Kekitaan
  • Kesefahaman
  • Kebersamaan
  • Kepercayaan
  • Ketelusan.

 

Co-Determination: Apakah enam elemen Co-Determination?

Enam elemen Co-Determination ialah:

  • Perwakilan
  • Perkongsian
  • Bekerjasama
  • Bertimbang Rasa
  • Komunikasi
  • Bertanggungjawab.

Co-Determination: Apakah tahap-tahap dalam Model Perwakilan Pekerja?

Model Perwakilan Pekerja terdiri daripada empat tahap, iaitu:

Tahap 1: Kolaborasi Informal
Tahap 2: Kesatuan Sekerja
Tahap 3: Majlis Perundingan Bersama (JCC)
Tahap 4: Co-Determination