Soalan Lazim: IHI

IHI: Adakah IHI Nasional mempunyai tempoh?

IHI Nasional telah dilaksanakan oleh JPPM bermula pada tahun 2017 secara tahunan sehingga tahun 2020.  Manakala bagi tahun 2022, IHI Nasional ini telah dilaksanakan pertama kalinya secara dwi tahunan.

IHI: Adakah IHI SA mempunyai tempoh?

Pihak syarikat boleh menggunakan perkhidmatan IHI SA yang dibangunkan oleh JPPM pada setiap tahun dan ianya adalah percuma.

IHI: Siapa yang terlibat dalam survei IHI Nasional?

Semua syarikat dan pekerja di Malaysia adalah dijemput untuk terlibat menjawab survei IHI bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada IHI Nasional.

IHI: Siapa yang terlibat dalam survei IHI SA?

Semua syarikat dan pekerja di Malaysia adalah layak dan digalakkan untuk menjalankan IHI SA bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan.

IHI: Bagaimanakah cara sekiranya syarikat ingin menyertai IHI Nasional ini?

Hebahan IHI Nasional akan dibuat di portal rasmi JPPM atau boleh melayari pautan https://iris.mohr.gov.my/login

 

Sebarang pertanyaan berkaitan IHI ini boleh menghubungi talian di bawah:

IHI: Bagaimanakah cara sekiranya syarikat ingin menyertai IHI SA ini?

Penyertaan dan pendaftaran untuk IHI SA ini boleh dilayari di pautan https://iris.mohr.gov.my/login

 

Sebarang pertanyaan berkaitan IHI SA ini boleh menghubungi talian di bawah:

  • Nombor telefon: 03 – 8886 5434

IHI: Apakah faedah skor IHI kepada industri dan negara?

Pemantauan keharmonian negara menerusi IHI Nasional akan dapat membantu Jabatan dan Kementerian Sumber Manusia mengatur pelan strategik dalam mempertingkatkan dan memperbaiki hubungan pekerja-majikan dalam negara. Ini secara tidak langsung dapat memelihara suasana perhubungan pekerja-majikan yang kondusif, positif dan harmoni yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan usaha untuk meningkatkan produktiviti negara.

IHI: Apakah faedah IHI SA kepada pekerja dan syarikat?

1. Memperolehi survei penilaian syarikat secara PERCUMA.

 

2. Syarikat mempunyai Dashboard sendiri bagi memperolehi fungsi-fungsi berikut:

  • Skor IHI Syarikat terkini dan terdahulu
  • Pemantauan secara Live bilangan responden menjawab survei IHI SA
  • Hebahan survei IHI SA secara pantas
  • Mempunyai Kad Laporan IHI SA syarikat
  • Mempunyai Sijil Penarafan Syarikat Harmoni (SPSH)

 

3. Menikmati hebahan dan analisis survei yang sistematik dan unbiased daripada pihak ketiga (JPPM).

 

4. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan tahap keharmonian syarikat melalui Kad Laporan IHI SA.

 

5. Memperbaiki hubungan baik antara majikan dan pekerja bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja dan organisasi secara menyeluruh.

 

6. Menjadi salah satu pelaporan penilaian syarikat kepada pengurusan tertinggi dan pemegang taruh syarikat.

 

7. Meningkatkan imej syarikat melalui SPSH dan seterusnya menarik minat pelabur dan pencari kerja.

IHI: Di manakah boleh dirujuk skor tahunan IHI Nasional?

Skor tahunan IHI Nasional boleh dirujuk di pautan  http://10.21.87.81/ihi-dapatan-ihi-nasional-dan-ihi-self-assessment/